Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, January 26, 2010

AKTIVITI TAHUN 2009

Asalamualaikum.


Selamat Tahun Baru 2010 buat warga SK Peserai, Batu Pahat. Tahniah kepada semua yang bekerja keras menjayakan aktiviti kokurikulum di sepanjang tahun 2009. Banyak kejayaan sukan/permainan dicapai di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.



MOHD.KHAIRULLAH BIN A.HALIM ( SEPAK TAKRAW MSSM 2009)



SITI NOR ILYANA BTE ALIZANI ( MEMANAH MSSM 2009)



NURUL AISYAH BTE ACHOK ( KIRI) NUR FATIHAH BTE AZMI (HOKI MSSM 2009)


Seramai enam orang pelajar kita mencapai taraf kebangsaan dalam permainan boling, memanah, sepak takraw, hoki , dan taekwondo. Manakala pasukan Zapin Prasekolah, Kalam Jami`e dan olahraga berjaya ke peringkat negeri. Saya mendoakan mereka akan terus berjaya di dalam sukan yang diminati.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan rakan-rakan kerana menyokong tugas saya sebagai GPK Kokurikulum. Sokongan GB dan rakan-rakan memudahkan saya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Inilah yang dikatakan kerja sepasukan. Saya berharap sokongan GB dan rakan-rakan akan berterusan untuk kecemerlangan SK Peserai.



GPK Kokurikulum di Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform



Pegawai Pemerintah yang gagah dan segak berposing



Mencari ilham membuat malam persembahan perkhemahan


PERKHEMAHAN 2009

Dari sukan/permainan kita pergi ke PERKHEMAHAN 2009. Saya merasa bangga dengan sambutan pelajar menyertai perkhemahan tahunan unit beruniform. Seramai 230 peserta menyertai perkhemahan di sekolah. Saya dan rakan-rakan telah membina sebuah menara setinggi 21 kaki, menggunakan buluh. Saya merasa puas dengan terdirinya menara tersebut.




Kawasan khemah dah bersih,baju pun bersih. Mesti menang la...!!



GPK Kokurikulum serba boleh. Boleh panjat menara... pasang lampu.

Tahun 2010, Takwim sukan /permainan/perkhemahan telah disiapkan. Kami telah bersiap sedia untuk melaksanakan. Bulan Januari/Februari adalah bulan sukan sekolah. Didahului dengan merentas desa( 29.1.2010) dan sukan ke-42 (13.2.2010). Diharapkan ada bakat-bakat baru atlet yang menonjol.


KEUSAHAWANAN 2009

Dari sukan/permainan kita pergi hari KEUSAHAWANAN 2009 . Sambutan hari keusahawanan sangat baik dan meriah. Ibu bapa pelajar bersama-sama warga SK Peserai menjayakan.Rakan-rakan guru tidak menang tangan menjual hasil jualan di gerai mereka.Hasil jualan keusahawanan kita telah mendirikan pondok wakaf untuk pelajar berehat.


Beli satu dapat satu!.......Yang mana nak dibeli........!!!

Mari-mari...!!! Beli satu dapat satu. Lambat tak dapat

Related Posts with Thumbnails