Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, May 28, 2010

PERKHEMAHAN 2010

Sebahagian peserta lelaki
berada dihadapan khemah mereka


Peserta Perempuan bergambar kenangan
digajet menara jambatan berkembar.


Peserta lelaki berpakaian unit-unit uniform bergambar
kenangan di Gajet Menara jambatan berkembar.


Cikgu Aziz(GPK Kokurikulum) tersenyum puas
di atas Gajet menara jambatan berkembar yang dibinanya.


Cikgu Mohd.Fathi menunjukkan aksi
merempuh halangan kpd.peserta.


PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2010


SK Peserai 28 Mei 2010 - Hari ini bermulanya Perkhemahan Unit-unit Beruniform terdiri daripada TKRS, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Tunas Puteri dan Pengakap. Perkhemahan berlangsung di Padang sk peserai. Jumlah Peserta seramai 200 orang. Perkhemahan bermula dari 28 - 30 Mei 2010 ( 3 hari 2 malam).

Pendaftaran perkhemahan sangat meriah. Ibu bapa memberi sokongan moral kepada anak2nya ,menghantar mereka dan berada sehingga selesai perasmian. Perasmian di lakukan oleh En.Ismail Bin Roslan ,Pegawai Pertubuhan Peladang Daerah Batu Pahat. Malam pertama peserta tidur di bilik darjah kerana padang basah disebabkan hujan petang. Peserta memasang khemah pada pagi hari kedua(sabtu)

Peserta perkemahan sangat seronok dan teruja bermalam di dalam khemah. Keseronokan mereka sehingga tidur lewat tengah malah sekitar jam 1.30 pagi. Cuaca sangat baik dan bulan terang menyinari kawasan perkhemahan. GajetJambatan Menara berkembar menjadi tempat tidur GPK KOKO, EN.Shahir,En.Azman dan En Fathi . Kami juga seronok bermalam bersama peserta perkemahan pada malam itu.

Peserta Perkhemahan dibahagi kepada 20 kumpulan dengan nama bunga-bungaan. Malam pertama mereka menyertai pertandingan melukis logo kumpulan. Hari kedua peserta bertanding Merempuh Halangan, Membuat kraftangan bahan terbuang dan kawad kaki . Malamnya di adakan Malam Kebudayaan. Keesokan harinya ialah pertandingan Permainan sukan Rakyat.

Jam 11.30 tengahari ialah acara penutupan perkhemahan. Penutupan dilakukan oleh GPK Petang ( akan bertukar ke SK Pt.Bilal) pada 1 Jun ini. Johan keseluruhan di menangi oleh Kumpulan Seri Pagi.

GPK Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru kerana memberi sokongan yang sangat baik di dalam menjayakan program perkhemahan 2010, begitu juga kepada Guru Besar yang sentiasa menyokong aktiviti kokurikulum. Semuga kerjasama yang diberikan akan terus berterusan. Terima kasih..!!!!!!!






Thursday, May 20, 2010

KONVOKESYEN ANAKKU




MERAIKAN KEJAYAAN ANAKKU
KONVOKESYEN POLITEKNIK JOHOR BAHRU 2010
DIPLOMA HOTEL & KATERING















Sunday, May 16, 2010

HARI GURU 2010


SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2010

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "
Related Posts with Thumbnails