Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, August 27, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010(1431)



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan seperjuangan, pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar yang mengenali saya.

Semuga Hari Raya ini membawa kebahagian dan sinar ceria kepada semua. Di hari baik ini sama-samalah kita berkunjung ke rumah rakan-rakan, untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Rumah saya sentiasa terbuka kepada semua di hari raya ini.

Dikesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya . Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, August 11, 2010

SEJARAH SK PESERAI


Gambar tahun 2008


Bangunan Pendidikan Khas



SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PESERAI



Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Umum Laki-laki Peserai. Mula dibina pada 1909 di atas tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj.Abd.Wahid dengan keluasan tanah 2.5 ekar. Guru Besar pertama ialah Inchi' Baharee bin Md.Yassin dan Guru Besar kedua adalah Inchi' Rejab bin Ahmad.

Pada tahun 1920 bangunan baru telah dibina oleh kerajaan beratap genting, bertiang dan berdinding sekerat daripada papan sebagai kisi-kisi. Pada masa itu Guru Besarnya adalah Master Hashim. Bangunan ini masih ada dan diubahsuai dijadikan Kelas Pendidikan Khas.

Pada tahun 1947 penduduk kampung serta ibu bapa pelajar telah membeli tanah seluas 2.5 ekar untuk menambah kawasan yang ada. dan ini telah dijadikan padang hingga sekarang.

Pada Tahun 1950 sebuah bangunan lagi telah dibina dan diberi nama Sekolah Melayu Perempuan Seri Kampung Peserai yang terletak di tapak Klinik Desa sekarang berhampiran Sekolah. Bangunan tersebut menumpang di halaman rumah Tn.Hj.Abd.Rahman b.Md.Yasin.

Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Perempuan Seri Kampung Peserai telah berpindah ke tapak Sekolah Agama Peserai sekarang. Guru Besar pada masa itu ialah Pn.Maimunah bte Mujir dan penolongnya Pn.Hjh.Fatimah Bte Waridin.Bangunan tersebut dibina secara gotong royong . Bangunan tersebut digunakan sepenuhnya pada tahun 1957 hingga 1963.

Pada tahun 1963 Sekolah Rendah Perempuan Seri Kampung Peserai telah digabungkan di bawah satu pentadbiran dengan seorang guru besar dinamakan Sekolah Kebangsaan Peserai. Perpindahan ini adalah atas arahan kerajaan.Guru besarnya pada waktu adalah En.Affan bin.Hj.Idris.

Tuesday, August 10, 2010

GAMBAR-GAMBAR D' KELANTAN



Bergambar di hadapan kaunter Asrama BTPN Kelantan



Pantai Cahaya Bulan , Kota Baharu, Kelantan



Warung di PCB...minum air kehausan...




Di Pekan Rantau Panjang, Kelantan



Sarapan pagi di Dewan BTPN Kelantan



Ahli rombongan SK Peserai di hadapan Asrama BTPN




Pondok wakaf di PCB


Bekaca hitam bergaya....si baju biru ketua rombongan


Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI


RAMADHAN OH... RAMADHAN


09 Ogos2010 - Tarikh melihat anak bulan pada petang 10 Ogos ( Selasa). Jika anak bulan kelihatan maka esoknya ( Rabu ) kita umat islam di Malaysia akan mula BERPUASA.

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia.

HARI KEMERDEKAAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
KE-53,TAHUN 2010


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Sunday, August 8, 2010

LAWATAN KE PANTAI TIMUR


Lima jejaka maco bergambar di Pantai PCB Kelantan
Berbaju biru yang paling kecil diapit empat body guard besar....


Berada di dalam Dewan BTPN Kelantan
sedang mendengar taklimat dari Ketua Penolong Pengarah BTPN
( En.Aziz Seman,Pn.Kalthom Haron dan Pn Salimah A.Rahman)



Bahagian hadapan Pasar Besar Rantau Panjang
kedai bebas cukai yang terkenal di sempadan



Bergambar di Masjid Kristal
Kuala Trangganu




Sedang memilih pakaian di Pasar Siti Khadijah
bersama En.Mohd.Yusop Bin Basir ( Kaunselor SK Peserai)



9 OGOS 2010 (ISNIN) -
Lawatan ke Pantai Timur 3 hari 2 malam ke Negeri Kelantan disertai 40 orang warga SK Peserai. Rombongan bertolak dari sekolah jam 9.30 malam. Kami terus ke kedai bebas cukai Rantau Panjang pada jam 10.30 pagi. Suasana di pekan tersebut dipenuhi para pelancong dari seluruh Malaysia. Rombongan kami membeli berbagai barang keperluan, seperti pinggan mangkuk, toto, kain baju dan lain-lain semuanya ada. Di situ saya habis berbelanja RM350.00.

Kami bermalam di Asrama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan(BTPN), Jalan Pengkalan Cepa. Waktu malam kami ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Banyak barangan tempatan dijual di situ seperti beraneka pakaian batik, tudung dan seribu satu macam lagi. Di sini saya habis berbelanja RM200.00.

Pada pagi 8 Ogos, rombongan kami melawat BTPN. Kami di bawa melawat melihat aktiviti BTPN. Kawasannya sangat luas dan cantik. Pada jam 10.00 pagi rombongan kami bergerak meninggalkan BTPN untuk pulang ke Batu Pahat. Kami ke Pasar Siti Khadijah, Kota Baharu. Di situ saya habis RM100.00. Rakan-rakan saya ada tak terkira........

Tepat jam 12.30 tengahari rombongan kami bertolak ke Kuala Terangganu. Kami singgah ke Masjid Kristal untuk berehat dan sembahyang asar di situ. Selepas itu kami ke Kampong Losong membeli Keropok Losong. Kami berhenti makan di Pantai Marang dan sembahyang maghrib di surau tepi pantai. Kira-kira jam 8.10 malam rombongan kami bertolak balik ke Batu Pahat dan sampai di SK Peserai jam 3.15 pagi. Saya sampai di rumah jam 3.30 pagi. Saya bertugas seperti biasa ke sekolah pada jam 7.15 pagi. Boleh tahan juga mengantuk.......tapi seronok....nak gi Sarawak 2011 dan dalam perancangan.

LAWATAN KE UTARA


Dataran Alor AStar


Bergaya di stesen minyak Padang Besar, Perlis



Bahagian hadapan rumah kelahiran Dr.Mahathir Mohamad
Perdana Menteri ke-1v



Bergambar di Dataran Alor Star
bersama isteri



Bergambar di Dataran Alor Star
dua orang puteriku

Lawatan ke utara Tanah Air pada Jun 2010 ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Lawatan Kelab Koperasi SMK Semerah ke utara telah disertai oleh saya dan keluarga. Banyak kenangan telah dirakam sepanjang lawatan tersebut.
Related Posts with Thumbnails