Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, September 24, 2010

KELUARGA AZIZ & NORAINI





KELUARGAKU

Inilah gambar ahli keluargaku . Cahaya mataku terdiri daripada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Kami cukup bahagia dengan 5 orang cahaya mata. Kami merasa bangga dengan kelahiran pewaris zuriatku , yang akan meneruskan kesenimbungan generasi Aziz & Noraini.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN



JAMUAN RAYA PENDIDIKAN KHAS


Gpk Hem, Gpk Kokurikulum dan GB
sedang menikmati makanan....



Staf dan pelajar sedang makan jamuan



Makan dengan penuh sopan....berbaju raya...!!!



Mengaminkan doa sebelum jamuan dimulakan.....


JAMUAN AIDIL FITRI PENDIDIKAN KHAS

KHAMIS (23.9.2010) - Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada hari ini. Pelajar Pendidikan Khas seramai 33 orang berserta dengan guru-gurunya memakai pakaian Hari Raya.

Juadah makanan pada hari tersebut ialah sate, ketupat ,kuah lodeh dan beraneka jenis kuih hari raya. Tetamu pada hari tersebut terdiri daripada Guru Besar,GPK 1,GPK HEM dan GPK Kokurikulum.

Kami mengucapkan terima kasih kepada GPK Pendidikan Khas ,kerana menjemput makan pada hari tersebut. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan jemput lagi....kami sentiasa sudi.

Wednesday, September 22, 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010


Mendengar taklimat sebelum memulakan peperiksaan

Suasana di dalam bilik peperiksaan


Membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

Mengaminkan doa yang dibacakan oleh ustaz Mohd.Arafat

UPSR....!!!! UPSR....!!!!. UPSR.....!!!!! DATANG LAGI

Kami warga SK Peserai mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon-calon . Selamat berjuang dan suksess.

Saturday, September 18, 2010

MARHABAN........!!!!!


Derma marhaban untuk surau Kg.Jalan Baru

Suasana makan-makan selepas marhaban


Majlis marhaban dimulakan


MALAM MARHABAN DI RUMAHKU

Malam Jumaat Kumpulan Marhanan Kg.Jalan Baru berkunjung ke rumah ku. Suasana Aidil Fitri sangat meriah dengan kehadiran ramai kanak-kanak, orang muda dan kaum bapa.

Selepas Marhaban mereka makan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah selain kuih raya. Kanak-kanak sangat menantikan saat ini kerana kebiasaannya tuan rumah memberi duit raya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada kumpulan marhaban yang datang berkunjung ke rumahku. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin.


Sunday, September 12, 2010

HARI RAYA 2010M/1431H

Ahli keluargaku.....

anak-anakku.....

Anak bongsuku bermaafan dengan kakaknya

....nah duit raya.....


Belajar rajin-rajin....duit raya kat ayah...

Kemaafan mu diterima.....

SUASANA AIDILFITRI 2010M/1431H

Hari raya Aidil Fitri 1431H disambut pada hari Jumaat bersamaan 10.9.2010 . Pagi itu hujan lebat sehingga jam 11.15 pagi. Kehadiran jemaah untuk menunaikan solat hari raya tidak begitu ramai tetapi meriah dengan aneka warna warni Baju Melayu.

Selepas solat sunat Aidil Fitri , budaya bermaaf-maafan sesama adik beradik dan ibu bapa dilakukan . Selepas itu barulah pergi berhari raya ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Dikesempatan ini SAYA SEKELUARGA mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali saya .

Related Posts with Thumbnails