Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, October 23, 2010

MESYUARAT AKHIR TAHUN 2010

Guru Besar mempengerusikan mesyuarat...
....duduk di hadapan ialah GPK Kokurikulu dan GPK 1

terima kasih hadir mesyuarat.....
guru x hadir.... buat surat tunjuk sebab...

sebahagian daripada guru2 perempuan sk peserai

MESYUARAT KOKURIKULUM AKHIR TAHUN 2010

  • Sabtu (23.10.2010) GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru khasnya Guru Besar yang sentiasa menyokong dan menjalankan aktiviti Kokurikulum sepanjang tahun ini.
  • Tahun ini seorang pelajar Siti Zulaikha A.Rahman ke peringkat MSSM dalam permainan Catur di Perlis,berbanding tahun lepas seramai enam orang ke MSSM.
  • GPK Kokurikulum meminta semua guru lebih komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkan budaya kerja sepasukan,untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Buangkan sikap seperti pahat dengan pemukul. Sentiasa lihat diri sendiri apa ilmu yang dah kita sampaikan kepada anak murid kita.
  • Tahun 2011 akan menjelang tiba,semua guru diminta bersedia dengan berbagai cabaran tugas yang lebih mencabar. Selamat datang 2011 dan selamat bertugas

Monday, October 18, 2010

LAWATAN KE JOHOR BAHRU

Di halaman muzium istana....
berlatabelakangkan Pantai Lido...

Bergambar bersama ular sawa...
kenangan tak dapat dilupakan.....berani2 takut...

Suasana di dalam kereta api
ke Johor Bahru


Barisan guru pengiring sabar menunggu kereta api
di stesen kereta api Kluang

GPK Kokurikulum dan pelajar
di stesen kereta api Kluang


NAIK KERETA API KE JB



Hari Sabtu 16 Oktober 2010 Unit Kokurikulum Sk Peserai telah membuat lawatan ke JB. Peserta lawatan seramai 80 orang dengan diiringi 8 orang guru . Perjalanan dari BP ke Kluang menaiki bas. Dari Kluang ke JB menggunakan perkhidmatan kereta api.


Kami bertolak jam 8.30 pagi ke Stesen kereta api Kluang dan sampai ke JB jam 12.30 tengahari. Pengalaman pertama menaiki kereta api sangat menyeronokkan kepada semua peserta .


Tempat pertama yang dilawati ialah Zoo Johor. Di situ kami makan tengahari. Masjid Johor ialah tempat ke-2 di kunjungi. Kami bersolat dan selepas itu ke Muzium Istana Johor. Banyak maklumat berkaitan Kesultanan Johor yang kami dapat.



Destinasi akhir lawatan kami ialah Danga Bay. Kami bersantai di tepi laut sambil makan-makan di situ.Kami meninggalkan JB kira-kira jam 5,45 petang. Kami sampai ke sekolah jam 7.45 malam.






Sunday, October 17, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH






PERKHEMAHAN JOTA 2010

Perkhemahan Peringkat Daerah Batu Pahat 15 - 17 Oktober 2010 berlangsung di Kem Jubeli Intan ,Jalan Tanjung labuh. Pelajar SK Peserai seramai 6 orang. Peserta perkhemahan seramai lebih kurang 300 orang di seluruh Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat.

JOTA bermaksur Jamboree On The Air. Peserta dapat berkomunikasi melalui telefon berpusat ke seluruh dunia pada hari serentak perkhemahan ini.

Kumpulan SK Peserai mewakili Zon Semerah telah memenangi Johan Malam Kebudayaan. Persembahan yang ditampilkan ialah kompang berformasi dan nyanyi lagi pengakap malaysia

Tahniah kepada peserta dan jurulatih...
Related Posts with Thumbnails