Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, November 27, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH KLUSTER DAN LANGKAWI


Gudang Minyak Gamat Nusantara Langkawi

Di Jeti Kuah,Langkawi



Bersiap sedia untuk pulang ke Johor



Berbelanja di Padang Besar



Di Padang Besar bersama ketua rombongan



En.Roslan Bin Yatim(GB) SK Sena
Sekolah Kluster / Sekolah Berprestasi Tinggi, Perlis
bersama ketua rombongan



Tiga bidang utama Sekolah Kluster SK Sena
( ICT , GENIUS MATHS dan LOMPAT TALI)


LAWATAN SEKOLAH KLUSTER


SELASA , 23 November 2010 - Staf Prasekolah Daerah Batu Pahat telah melawat ke SK Sena,Perlis. Kehadiran kami telah disambut baik oleh En.Roslan Bin Yatim(GB) dan staf sekolah tersebut. Sekolah tersebut merupakan Sekolah Kluster dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) di Perlis. Rombongan kami seramai 40 orang, yang diketuai oleh Tn.Hj.Khirom Bin A.Rahman .

Kunjungan kami ke SK Sena ialah untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada pelajar-pelajar mangsa banjir tempoh hari. Difahamkan bahawa SK Sena ialah pusat pemindahan banjir.

Rombongan kami mengambil kesempatan ke Padang Besar dan Pulau Langkawi. Lawatan kami bermula dari 23 hingga 26 November 2010.

HARI KECEMERLANGAN SK PESERAI





Siti Zulaikha Bte A.Rahman (UPSR 5A)
(Tokoh Murid / Tokoh Sukan / Olahragawati 2010 )
bersama GPK Kokurikulum



Siti Zulaikha Bte A.Rahman
menerima hadiah dpd.Mejar(B) Tn.Hj.On Bin Wahab



Persembahan pelajar tahun enam



Ibu bapa dan penjaga yang hadir
Hari Kecemerlangan 2010



YDP PIBG SK Peserai


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010


Hari Anugerah kecemerlangan SK Peserai berlangsung pada hari Isnin,15 November 2010. Hari tersebut khas untuk mengiktiraf kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di sepanjang tahun 2010.


Tetamu undangan ialah YDP PIBG Mejar(B) Tn.Hj.On Bin Wahab. Ibu bapa dan penjaga pelajar dijemput untuk menyaksikan hari tersebut.

Friday, November 19, 2010

AIDIL ADHA 1431H / 2010M








KORBAN LEMBU

17 NOVEMBER 2010 (RABU) - Bersamaan 10 Zulhijjah 1431H ialah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Aidil Adha ialah hari memperingati kiash Nabi Ibrahim dan anaknya bernama Nabi Ismail.

Ceritanya, Nabi Ismail akan dijadikan korban untuk disembelih. Oleh kerana ketaatan ,kepatuhan dan keimanan yang sangat tinggi Nabi Ibrahim dan anaknya, maka Allah telah menggantikan dengan sembelihan binatang peliharaan seperti unta, lembu dan lain.




DARI BATU PAHAT,JOHOR KE JEPUN

Lukisan ini memenangi
ke Peringkat Antarabangsa di Jepun


Sebahagian lukisan yang menyertai
pertandingan Antarabangsa Jepun



...lagi lukisan yang menyertai
pertandinganAntarabangsa Jepun


Pn.Normala Bte Suleiman (Guru Lukisan)
dan Hamizah Bte Mohd.Mustafa(tanda Peace di kepala)


DUSUN BUAHAN KE YOKOHAMA,JEPUN


19 NOVEMBER 2010(JUMAAT) - Sekalung TAHNIAH...!!!!! kepada seorang pelajar SK Peserai bernama Hamizah Bte Mohd.Mustafa yang telah memenangi pertandingan mewarna peringkat Antarabangsa Negeri Jepun. Pelajar tersebut akan ditemani ibunya ke Yokohama Jepun pada 9 Disember 2010 ini.

Sebanyak 20 buah lukisan telah dihantar ke pertandingan tersebut yang berakhir pada 30 Oktober 2010. Lukisan Hamizah menggambarkan suasana musim buah-buahan di dusun.

Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada guru yang bertanggungjawab iaitu Pn.Normala Bte Suleiman dan Pn.Zainorida Bte Ngarip. Sesungguhnya guru tersebut telah melahirkan bintang yang bertaraf Antarabangsa.

Bertepatan dengan cogan kata," SK Peserai Cemerlang Negeri Johor 2010", kini TELAH DIBUKTIKAN . Syabas.....!!!! kepada semua warga SK Peserai





Saturday, November 13, 2010

DEMONSTRASI MEMOTONG AYAM








KEBERANIAN MEMOTONG AYAM

Demonstrasi memotong ayam telah dilakukan oleh Ustaz Mohd.Arafat bin Jaafar kepada pelajar tahun 6. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman bagaimana cara yang betul memotong ayam.
Sebelum itu ustaz Muhibbuddin telah menyampaikan ceramah berkenaan haiwan yang halal dimakan oleh orang islam. Haiwan tersebut mestilah dipotong dengan cara yang betul mengikut syarat yang ditentukan islam.

SENI TAEKWONDO






SENI PERTAHANAN DIRI

Seramai 40 orang pelajar menyertai seni Taekwondo. Ahli Taekwondo ini terdiri daripada pelajar Prasekolah hingga ke tahun enam. Ini merupakan tahun ke-2 setelah tiga tahun seni Taekwondo ditamatkan ,kerana beberapa masalah. Diharapkan lebih ramai lagi penyertaan di tahun-tahun hadapan.

Friday, November 12, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010


Ucapan tahniah kaunselor kepa ibu pelajar


Tahniah....!!!!! Pelajar UPSR 5A


Tahniah...!!! daripada GPK Kokurikulum

... bersama keluarga meraikan kejayaan anak


Suasana selepas pengumuman UPSR


Ini slip keputusan UPSR 5A saya....


TAHNIAH 16 PELAJAR UPSR 5A

12 November 2010 - JUMAAT - Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada Rabu/10.11.2010. TAHNIAH...!!!! kepada 16 pelajar yang memperolehi 5A dan 10 pelajar memperolehi 4A1B.

Bilangan pelajar mendapat 5A tahun ini meningkat berbanding tahun 2009 iaitu 13 orang. Semuga kecemerlangan yang diperolehi ini akan terus menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Tahniah...!!! Tahniah...!!!!

Tuesday, November 2, 2010

PEKERJA CONTOH







PEKERJA SERBA BOLEH....!!!!


En.Roslan ialah pekerja swasta SK Peserai. Beliau sangat rajin dan komited dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Selain rajin dan komited dengan kerjanya ,ia juga seorang pekerja yang serba boleh. Dalam dirinya tak ada yang tak boleh, semua akan dibuat sehingga boleh. Itulah En.Roslan pekerja serba boleh yang cemerlang.


KELAS 4 JOHAN 2010

Pn.Normala,guru kelas 4 Johan


Di kantin waktu rehat
bersama En.Aziz Seman GPK Kokurikulum


Ceria di dalam kelas



sedang membuat latihan yang diberi oleh guru


PELAJAR CEMERLANG

Ini pelajar kelas 4 Johan. Kelas ini dikategorikan pelajar terbaik tahun 4. Guru Kelas mereka ialah Pn.Normala Bte Suleiman. Diharapkan semua pelajar kelas ini akan terus menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran untuk memburu 5A dalam UPSR 2012

KLINIK MEMANAH 2010

Pn.Normala menunjukcara memanah yang betul
kepada peserta memanah


GPK Kokurikulum membantu peserta
cara dirian yang betul


Sebahagian peserta sedang menarik tali
tanpa arrow


Tiga peserta bersungguh-sungguh
membuat latihan amali sambil diperhatikan jurulatih


En.Azman membetulkan kesalahan
yang dibuat oleh peserta



BAKAT BARU PEMANAH

SELASA (2.11.2010) - Program mencari bakat baru pemanah pasukan sekolah telah diusahakan oleh Jurulatih En.Azman bin Wartam dan Pn.Normala Bte Suleiman. Peserta bakat baru seramai 40 orang telah menjalani ujibakat yang dijalankan di padang sekolah.

Susulan selepas ini peserta yang benar-benar berbakat akan dilatih secara berterusan untuk memantapkan panahan mereka. Diharapkan mereka akan dapat menghasilkan kejayaan untuk pasukan sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Insyaallah....

Monday, November 1, 2010

PERTANDINGAN CATUR




AKTIVITI AKHIR TAHUN 2010


1 November 2010 ( ISNIN )- Pertandingan catur dan Klinik Memanah telah diadakan pada hari ini. Pertandingan catur di kelolakan oleh Kelab Catur. Seramai 60 peserta tahap dua mengambil bahagian catur manakala peserta memanah seramai 40 orang.

Pertandingan catur dan klinik memanah bertujuan untuk mencari bakat mewakili sekolah, daerah dan negeri. Guru yang bertanggungjawab kelab catur ialah Pn.Masidah dan En.Azman bertanggungjawab mengelolakan klinik memanah.

GPK Kokurikulum mengharapkan akan lahir bakat-bakat baru dan bersedia untuk mewakili sekolah pada tahun hadapan. Insyaalah....




LAWATAN VOKASIONAL,BATU PAHAT

En.Aziz menyampaikan cenderahati kepada En.Md.Abd.Ghani
wakil pengetua SM Vokasional.


Peserta sedang mendengar taklimat di bilik gerakan

Demonstrasi mengetam kayu

Bergambar di bengkel Penyaman Udara

.....di bengkel bahagian bangunan

..... demonstrasi menghidupkan
injin diesel oleh guru


....pelajar sedang khusuk mendengan penerangan
di bengkel bahagian Mesin

LAWATAN KERJAYA VOKASIONAL


1 September 2010 ( Isnin) - Hari ini lawatan pelajar tahun 6 ke SM Vokasional,Batu Pahat. Peserta lawatan seramai 46 pelajar dan 4 orang guru pengiring. Lawatan bermula jam 8.30 pagi. Kami di sambut oleh pelajar dari kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Guru Bimbingan Kaunseling iaitu En Md.Abdul Ghani. Ketua lawatan SK Peserai ialah En.Aziz Bin Seman

Tujuan lawatan ialah untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran vokasional. Dalam perancangan KPM ,pelajaran vokasional akan di perluaskan di peringkat sekolah rendah.

Bidang kemahiran yang ada di SM Vokasional ,Batu Pahat ialah Automotof, Elektrik,Binaan,Kimpalan.Mesin dan Penyaman Udara. Kami dibawa melawat ke semua tempat tersebut.

Kami,SK Peserai mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Vokasional kerana membenarkan kami membuat lawatan. Terima kasih daun keladi....Jika tidak keberatan tahun hadapan kami datang lagi....
Related Posts with Thumbnails