Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 31, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR 2011






BERSEMANGAT BARU

Hari ini 31Disember 2010(Jumaat) cuti umum. Cuti kerana KEJAYAAN MALAYSIA menjuarai Piala Suzuki. Tahniah buat pemain bola sepak Malaysia.

Hari ini juag sesi pendaftaran pelajar untuk persekolahan 2011. Semua guru dengan relahati dan ikhlas bertugas menerima pendaftaran pelajar tahun 2011. Tahniah dan syabas buat semua guru. Itu yang dikatakan slogan " Pelajar didahulukan, Tanggungjawab diutamakan "

Wednesday, December 29, 2010

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2011






SELAMAT DATANG 2011


29 Disember 2010(Rabu) - SK Peserai telah mengadakan Mesyuarat awal tahun 2011 ,bertempat di Pelican Hotel, jam 8.00 pagi. Semua guru hadir pada hari tersebut. Mesyuarat guru tahun ini digabungkan dengan majlis persaraan dan perpisahan guru. Pn.Hjh.Siti Rokiah Bte Ahmad telah bersara pada awal Disember dan Pn.Nurul Ain Harjit Bte Abdullah telah bertukar ke Negeri Sembilan.

Selain Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan juga telah menyampaikan maklumat penting berkaitan bidang masing-masing. Semua guru telah dibekalkan dengan sebuah buku tugasan untuk Tahun 2011. Diharapkan guru-guru telah bersedia untuk bertugas dengan berbagai-bagai tranformasi demi tuntutan semasa.

Tahun ini bermulanya KSSR( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) di Tahun Satu, manakala Pelajar Tahun Dua hingga Enam masih meneruskan KBSR.

Wednesday, December 15, 2010

USIK-USIK RIA











REHATKAN MINDA.....!!!!

Hai rakan-rakan semua, lihatlah karektor usik-usik ria sebagai tatapan di musim cuti ini. Harap rakan-rakan terhibur .

Monday, December 13, 2010

JASCO MELAKA





BERBELANJA DIMELAKA


Hujung Minggu yang lepas bersama keluarga melancong ke Melaka. Setengah hari suntuk dihabiskan berbelanja di Tesco dan Jaya Jasco.

Musim cuti sekolah ,pusat membeli belah dipenuhi orang. Keseronokan membeli tidak dapat dinafikan sehingga RM300.00 habis dibelanja.


DEWAN TERBUKA SK PESERAI




DEWAN SK PESERAI

SK Peserai akan mendapat sebuah dewan terbuka dijangka tahun 2011. Baru-baru ini YB Dato Ariss Bin Samsudin( ADUN Kawasan Semerah ) bersama rombongannya telah datang melawat dan mengukur tapak cadangan dewan tersebut.

Dewan tersebut banyak kegunaannya kepada warga SK Peserai. Berbagai-bagai aktiviti dapat dijalankan di dewan tersebut.

Jutaan terima kasih kepada YB Dato Ariss Bin Samsudin , AJK PIBG dan Guru2 yang berusaha mendapatkan dewan terbuka.



Related Posts with Thumbnails