Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, February 27, 2011

PADANG & BALAPAN MPZ 2011


Suasana riang & gembira
meraikan kejayaan sukan MPZ Semerah 2011



Bersama atlet harapan...Sarina Zulkefli



Suasana atlet di khemah peserta
bersiap sedia untuk bertanding... arahan cikgu Hamidah



Barisan jurulatih SK Peserai & wakil PIBG


Bergambar bersama bekas pelajar
dan juga bekas atlet 2010


Tahniah semua...!!!!!
Berbangga 5 kali Juara berturut-turut



Memberi sokongan kepada peserta berlari
di tepi gelanggang...

KITA JUARA 2011 ...!!!!


26.2.2011( Sabtu ) - SK Peserai dinobatkan sebagai Juara keseluruhan MPZ Semerah tahun ke-5 berturut-turut Kejohanan Padang & Balapan 2011. Kejohanan berlangsung di Padang SMK Dato Onn,Simpang Lima , Batu pahat. Penutupan rasmi di lakukan oleh Tuan PPD Batu Pahat.

SK Peserai mengalahkan 18 buah sekolah di Zon Semerah. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jurulatih ,guru besar dan semua yang menyokong sejak dari mula latihan hingga hari kejohanan.

Kejayaan ini merupakan hadiah kepada saya yang akan bertukar ke SK Parit Lapis sebagai GPK Pentadbiran mulai 1 Mac ini. Banyak kenangan manis sepanjang 5 tahun di SK Peserai. Saya bangga menjadi warga SK Peserai ,dengan kerjasama dan sokongan guru yang baik sepanjang menjalankan tugas di SK Peserai.


Saya berharap GPK Kokurikulum yang menggantikan tempat saya akan lebih baik daripada saya. Kepada Guru Besar, terima kasih tidak terhingga kerana amat memahami dan sentiasa menyokong perjalanan akitviti Kokurikulum. Saya mendoakan SK Peserai terus cemerlang dalam Kurikulum dan kokurikulum.

SAYONARA SK PESERAI......!!!!!!






Tuesday, February 22, 2011

MERENTAS DESA 2011


YDP PIGB Mejar(B) Tn.Hj.On Bin A.Wahab
Johan Vetran




Pn.Salimah menyampaikan hadiah kepada Johan Lelaki A



Johan Lelaki B

RENTAS DESA/LARIAN PERDANA


Pertandingan Merentas Desa telah selamat dijalankan serentak dengan Larian Perdana Mahkota. Sebelum larian peserta membuat senamrobik beramai-ramai di bawah kelolaan cikgu Mislia dan Zainorida.

YDP PIBG dan AJK PIBG turut sama menjayakan Larian Perdana Mahkota. Larian bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Pasukan Biru menjadi JOHAN Merentas Desa 2011. Tahniah....!!! guru-guru runah sukan.

Sunday, February 20, 2011

MAULUDUR RAUL1432(2011)



SK PESERAI DALAM KENANGAN...!!!


15 .2.2011(Selasa) bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H hari Mauludur Rasul di SK Peserai. Sambutan dibuat secara sederhana tapi meriah. Penceramah undangan ustaz dari SMK Pekan Baru iaitu En.Muhidir.


Selepas mendengan ceramah ,pelajar dan guru dihidangkan Nasi Baryani Md.Shah. Ini ialah rutin Tahunan makan nasi Baryani Md.Shah. Rumah Tn.Hj.Md.Shah terselak di belakang Sekolah.


Tahun ini juga saya TERAKHIR makan Nasi Baryani Md.Shah di sekolah, kerna pada 1 Mac saya bertugas di SK Parit Lapis. Saya akan teringat-ingat kenangan manis di sk peserai.....dan banyak lagi kenangan-kenangan lain.....Apa-apa pun TERIMA KASIH SK PESERAI.....!!!!!

Friday, February 4, 2011

BANJIR KAMPUNGKU...3.2.2011


Halaman rumahku



Halaman rumahku


Bahagian dapur rumah


Bahagian hadapan (sisi) rumah



Bahagian dapur dan rumah ibu



Bahagian ruang dapur



Di Tangga hadapan rumah



Berdiri di atas tembok kisi-kisi rumah



PANCHOR....BANJIR BESAR ...!!!!

3.2.2011( KHAMIS) -Cuti Tahun Baru Cina ini saya dan keluarga bercadang balik kampung di Kg.Jawa,Panchor,Muar. Tak dijangka banjir besar melanda Pekan Panchor .Hujan beberapa hari sahaja ,tetapi air melimpah pekan Panchor. mungkin air lempahan dari Segamat, dan Labis....

Banyak harta benda penduduk Panchor musnah. Penduduk Pekan Panchor tidak menyangka kerana baru 4 tahun lalu banjir melanda .Sebelum ini banjir besar melanda pada tahun 1971, diikuti Tahun 2007 dan sekarang ( 2011). Tahun 1971 saya dalam Tingkatan 1.

Lihatlah beberapa gambar sekitar banjir di Kampung asalku....
Related Posts with Thumbnails