PAKAIAN BARU 2011
3.1.2011- ISNIN - Hari pertama persekolahan. Semua pelajar berpakaian serba baru. Wajah mereka penuh ceria dan gembira untuk memulakan persekolahan 2011.
Berbagai-bagai telatah dan kerenah anak-anak di Tahun Satu dapat disaksikan. Ada yang menangis, ada yang tidak mahu ibu bapanya tinggalkan mereka dan ada ibu bapanya bersama-sama di dalam kelas. Ini kemungkinan kesan cuti sekolah yang terlalu lama.
Walaubagaimanapun sebahagian besar mereka sudah biasa dengan alam persekolahan samada Tadika Kemas,Prasekolah dan lain. Mereka tidak rasa janggal bergaul sesama mereka.
No comments:
Post a Comment