Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, September 27, 2011

PERKHEMAHAN 2011













PERKHEMAHAN DI PUSAT KOKO JPN JOHOR


Perkhemahan Tahunan SK Pt.Lapis telah diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Johor. Seramai 52 orang pelajar dan enam orang guru menyertai aktiviti perkhemahan yang diadakan pada 23 hingga 24 September 2011.

Aktiviti perkhemahan dikelolakan oleh enam orang fasilitator Pusat Kokurikulum. Semua pelajar
sangat seronok dan teruja menjalani aktivit yang disediakan. Antaranya berkayak, abseling,meniti diangkasa dan "water confident".

PEPERIKSAAN UPSR 2011





UPSR DATANG LAGI....!!!!

Peperiksaan UPSR Tahun 2011 bermula pada 13 hingga 15 September. Peperiksaan berjalan lancar dan serentak di seluruh Malaysia.

Seramai 72 orang pelajar SK Pt.Lapis menduduki Peperiksaan UPSR tahun ini. Diharapkan keputusan tahun ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dari tahun-tahun lepas.

BULAN KEMERDEKAAN 2011










MERDEKA...! MERDEKA...! MERDEKA...1


31 OGOS 2011(RABU) - Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Disambut dalam Bulan Shawal. Dua bulan ini digabungkan menjadi " MerdekaRaya" . Berbagai aktiviti di bulan kemerdekaan telah diadakan di SK Pt.Lapis.

AIDILFITRI 2011







HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Hari Selasa , 30 Ogos 2011. Aidilfitri disambut dalam suasana penuh gembira dan bermakna kerana esoknya ialah Hari Kemerdekaan Malaysia. Berbagai aktiviti Kemerdekaan dan sambutan Raya di sekolah Pt.Lapis.


BULAN RAMADHAN 2011






AKTIVITI RAMADHAN 2011


Berbagai aktiviti Bulan Ramadhan telah didakan di SK Pt.Lapis. Aktiviti dijalankan oleh panitia Agama Islam. Diucapkan tahniah kepada semua AJK yang menjalankan aktiviti.

Monday, July 4, 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA






LARIAN REKOD BOOK OF MALAYSIA

2 JULAI 2011( SABTU) - Tercatat sejarah larian serentak 1 Malaysia sempena pelancaran 1 murid 1 sukan. Semua sekolah menyertai program KPM termasuk SK Pt.Lapis,Batu Pahat,Johor. Semua warga sekolah mengambil bahagian berlari sejauh 1.5 KM. Program ini tercatat dalam Rekod Book of Malaysia.

Friday, July 1, 2011

KEBESARAN ALLAH


Imej Pelangi Kembar berada
di atas bumbung Masjid Kg.Pt.Lapis


Gambar di ambil dari bangunan pejabat


PELANGI PAGI

20 JUN 2011 9 (ISNIN) - Hujan lebat dari tengah malam hingga ke pagi. Parit di hadapan dan keliling rumahku dipenuhi air. Seperti biasa jam 7.00 pagi aku tiba di SK Pt.Lapis. Hujan masih turun,tapi tidak lebat. Kira-kira jam 8.10 pagi hujan berhenti. Jam 8.40 pagi kelihatan imej pelangi kembar di awan biru.

Sungguh cantik, itulah Kebesaran ALLAH , pencipta alam....!!!!!
Related Posts with Thumbnails