Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, September 27, 2011

PERKHEMAHAN 2011













PERKHEMAHAN DI PUSAT KOKO JPN JOHOR


Perkhemahan Tahunan SK Pt.Lapis telah diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Johor. Seramai 52 orang pelajar dan enam orang guru menyertai aktiviti perkhemahan yang diadakan pada 23 hingga 24 September 2011.

Aktiviti perkhemahan dikelolakan oleh enam orang fasilitator Pusat Kokurikulum. Semua pelajar
sangat seronok dan teruja menjalani aktivit yang disediakan. Antaranya berkayak, abseling,meniti diangkasa dan "water confident".

PEPERIKSAAN UPSR 2011





UPSR DATANG LAGI....!!!!

Peperiksaan UPSR Tahun 2011 bermula pada 13 hingga 15 September. Peperiksaan berjalan lancar dan serentak di seluruh Malaysia.

Seramai 72 orang pelajar SK Pt.Lapis menduduki Peperiksaan UPSR tahun ini. Diharapkan keputusan tahun ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dari tahun-tahun lepas.

BULAN KEMERDEKAAN 2011










MERDEKA...! MERDEKA...! MERDEKA...1


31 OGOS 2011(RABU) - Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Disambut dalam Bulan Shawal. Dua bulan ini digabungkan menjadi " MerdekaRaya" . Berbagai aktiviti di bulan kemerdekaan telah diadakan di SK Pt.Lapis.

AIDILFITRI 2011







HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Hari Selasa , 30 Ogos 2011. Aidilfitri disambut dalam suasana penuh gembira dan bermakna kerana esoknya ialah Hari Kemerdekaan Malaysia. Berbagai aktiviti Kemerdekaan dan sambutan Raya di sekolah Pt.Lapis.


BULAN RAMADHAN 2011






AKTIVITI RAMADHAN 2011


Berbagai aktiviti Bulan Ramadhan telah didakan di SK Pt.Lapis. Aktiviti dijalankan oleh panitia Agama Islam. Diucapkan tahniah kepada semua AJK yang menjalankan aktiviti.

Monday, July 4, 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA






LARIAN REKOD BOOK OF MALAYSIA

2 JULAI 2011( SABTU) - Tercatat sejarah larian serentak 1 Malaysia sempena pelancaran 1 murid 1 sukan. Semua sekolah menyertai program KPM termasuk SK Pt.Lapis,Batu Pahat,Johor. Semua warga sekolah mengambil bahagian berlari sejauh 1.5 KM. Program ini tercatat dalam Rekod Book of Malaysia.

Friday, July 1, 2011

KEBESARAN ALLAH


Imej Pelangi Kembar berada
di atas bumbung Masjid Kg.Pt.Lapis


Gambar di ambil dari bangunan pejabat


PELANGI PAGI

20 JUN 2011 9 (ISNIN) - Hujan lebat dari tengah malam hingga ke pagi. Parit di hadapan dan keliling rumahku dipenuhi air. Seperti biasa jam 7.00 pagi aku tiba di SK Pt.Lapis. Hujan masih turun,tapi tidak lebat. Kira-kira jam 8.10 pagi hujan berhenti. Jam 8.40 pagi kelihatan imej pelangi kembar di awan biru.

Sungguh cantik, itulah Kebesaran ALLAH , pencipta alam....!!!!!

Tuesday, May 24, 2011

UiTM PUNCAK ALAM ,SELANGOR

Nurul`amirah....pendaftaran masuk UiTM


Pintu masuk dan keluar ke fakulti-fakulti


Pelajar2 baru.... berbaris untuk taklimat



Bergambar kenangan di UiTM Puncak Alam

Adik beradik membantu mengemas

Memunggah barang ke bilik asrama


PENDAFTARAN MASUK UiTM 2011

22 MEI 2011(AHAD) - Pendaftaran masuk penuntut-penuntut baru ke UiTM Puncak Alam bagi sesi 2011 sudah pun bermula. Nurul `Amirah (anakku) bersama ratusan penuntut dari seluruh Malaysia turut sama mendaftar masuk.

Kampus UiTM Puncak Alam terletak jauh dari bandar dan kebisingan kenderaan. Ia terletak di puncak bukit. Suasananya sungguh tenang dengan kehijauan pokok hutan disekeliling kampus yang berbukit.

Nurul`Amirah ditawarkan kursus Asasi Sains selama setahun. Seluruh keluarga berbangga dan mendoakan kejayaan yang cemerlang berterusan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

Tahniah anakku.....!!!!!






Monday, May 16, 2011

HARI GURU 2011


JUARA BOLING BERKUMPULAN



Peserta pertandingan solek


Penyampaian hadiah ikat tali leher



Pertandingan solek muka



Pertandingan ikat tali leher


Tarian Zapin

SELAMAT HARI GURU 2011

16 MEI 2011 adalah Hari Guru. Ia disambut setiap tahun di seluruh Negara. Hari guru diadakan bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan seorang guru di dalam mendidik anak -anak murid sehingga menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat.

Di SK Parit Lapis, Batu Pahat ,sambutan hari guru telah diadakan dengan meriahnya.
Berbagai-bagai acara telah diadakan seperti nyanyian ,teka siapa saya, tiup belon,tarian zapin, solek, memakai tali leher, dan bual bicara.

Semua warga SKPL mengambil bahagian. Syabas dan tahniah kepada semua kerana sangat sporting.

SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU !!!

Friday, May 13, 2011

BOLING STAF SKPL 2011





Guru Besar bersama GPK 1





AKSI JUARA BOLING


13 MEI 2011 ( JUMAAT)- Sempena Hari Guru 16 Mei, Staf SKPL telah menganjurkan pertandingan Boling.
Pertandingan telah diadakan di BP Mall. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan, iaitu rumah Biru, Kuning, Hijau. Merah dan kumpulan Pentadbir. Setiap kumpulan dianggotai 4 orang.

Kumpulan Pentadbir(GB,GPK 1, GPK HEM & GPK KK) diistiharkan sebagai Johan Kumpulan, manakala Tn.Hj.Lokman Bin Yunos (GB) dinobatkan sebagai Johan Individu.

Tahniah...!!!! buat semua staff SKPL 2011 yang sporting.....

Wednesday, May 4, 2011

PULAU LANGKAWI

Di hadapan Dataran Lang....



Di atas Feri Marina Star 3



Bersama keluarga di Dataran Lang....



...bersedia naik kabel...



Pemandangan dari atas gunung macincang
Pulau di belakang .......Pulau Dayang Bunting



Di atas jambatan gantung


ceria berada di atas jambatan gantung



tiupan angin kuat...jambatan bergoyang....
terasa gayat...


Di Jeti Kuah
bersiap sedia untuk pulang


KE PULAU LANGKAWI KALI KE 4


01 MEI 2011 ( AHAD) - Saya sekeluarga 4 orang berkunjung ke Pulau Langkawi. Pada hari tersebut Jeti Kuala Perlis dibanjiri ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Jeti Kuala Perlis tempat penumpang menaiki bot ke Pulau Langkawi selain Kuala Kedah. Keadaannya penuh sesak. Saya sekeluarga menaiki Feri Marina Star 3 jam 10.30 pagi. Hampir sejam saya tiba di Jeti Kuah,Langkawi.

Di Jeti Kuah, kelihatan ramai tuan punya kereta sewa menyapa pelancong untuk menyewa keretanya. Saya menaiki teksi untuk ke motel penginapan di Pekan Kuah. Inapan Gamat Asli adalah nama Motel tersebut. Ia kepunyaan Tn. Hj.Shaari .

Kereta kabel adalah di antara destinasi lawatan saya. Ramai pelancong berbaris dengan sabar untuk menaiki kereta kabel ,termasuk saya. Berbaris panjang selama satu setengah jam ,tibalah giliran saya . Lengoh kaki berdiri hilang apabila melihat pemandangan dari atas gunung dengan ketinggian 708m dari aras laut.


Related Posts with Thumbnails