Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 31, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR 2011






BERSEMANGAT BARU

Hari ini 31Disember 2010(Jumaat) cuti umum. Cuti kerana KEJAYAAN MALAYSIA menjuarai Piala Suzuki. Tahniah buat pemain bola sepak Malaysia.

Hari ini juag sesi pendaftaran pelajar untuk persekolahan 2011. Semua guru dengan relahati dan ikhlas bertugas menerima pendaftaran pelajar tahun 2011. Tahniah dan syabas buat semua guru. Itu yang dikatakan slogan " Pelajar didahulukan, Tanggungjawab diutamakan "

Wednesday, December 29, 2010

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2011






SELAMAT DATANG 2011


29 Disember 2010(Rabu) - SK Peserai telah mengadakan Mesyuarat awal tahun 2011 ,bertempat di Pelican Hotel, jam 8.00 pagi. Semua guru hadir pada hari tersebut. Mesyuarat guru tahun ini digabungkan dengan majlis persaraan dan perpisahan guru. Pn.Hjh.Siti Rokiah Bte Ahmad telah bersara pada awal Disember dan Pn.Nurul Ain Harjit Bte Abdullah telah bertukar ke Negeri Sembilan.

Selain Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan juga telah menyampaikan maklumat penting berkaitan bidang masing-masing. Semua guru telah dibekalkan dengan sebuah buku tugasan untuk Tahun 2011. Diharapkan guru-guru telah bersedia untuk bertugas dengan berbagai-bagai tranformasi demi tuntutan semasa.

Tahun ini bermulanya KSSR( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) di Tahun Satu, manakala Pelajar Tahun Dua hingga Enam masih meneruskan KBSR.

Wednesday, December 15, 2010

USIK-USIK RIA











REHATKAN MINDA.....!!!!

Hai rakan-rakan semua, lihatlah karektor usik-usik ria sebagai tatapan di musim cuti ini. Harap rakan-rakan terhibur .

Monday, December 13, 2010

JASCO MELAKA





BERBELANJA DIMELAKA


Hujung Minggu yang lepas bersama keluarga melancong ke Melaka. Setengah hari suntuk dihabiskan berbelanja di Tesco dan Jaya Jasco.

Musim cuti sekolah ,pusat membeli belah dipenuhi orang. Keseronokan membeli tidak dapat dinafikan sehingga RM300.00 habis dibelanja.


DEWAN TERBUKA SK PESERAI




DEWAN SK PESERAI

SK Peserai akan mendapat sebuah dewan terbuka dijangka tahun 2011. Baru-baru ini YB Dato Ariss Bin Samsudin( ADUN Kawasan Semerah ) bersama rombongannya telah datang melawat dan mengukur tapak cadangan dewan tersebut.

Dewan tersebut banyak kegunaannya kepada warga SK Peserai. Berbagai-bagai aktiviti dapat dijalankan di dewan tersebut.

Jutaan terima kasih kepada YB Dato Ariss Bin Samsudin , AJK PIBG dan Guru2 yang berusaha mendapatkan dewan terbuka.



Saturday, November 27, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH KLUSTER DAN LANGKAWI


Gudang Minyak Gamat Nusantara Langkawi

Di Jeti Kuah,Langkawi



Bersiap sedia untuk pulang ke Johor



Berbelanja di Padang Besar



Di Padang Besar bersama ketua rombongan



En.Roslan Bin Yatim(GB) SK Sena
Sekolah Kluster / Sekolah Berprestasi Tinggi, Perlis
bersama ketua rombongan



Tiga bidang utama Sekolah Kluster SK Sena
( ICT , GENIUS MATHS dan LOMPAT TALI)


LAWATAN SEKOLAH KLUSTER


SELASA , 23 November 2010 - Staf Prasekolah Daerah Batu Pahat telah melawat ke SK Sena,Perlis. Kehadiran kami telah disambut baik oleh En.Roslan Bin Yatim(GB) dan staf sekolah tersebut. Sekolah tersebut merupakan Sekolah Kluster dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) di Perlis. Rombongan kami seramai 40 orang, yang diketuai oleh Tn.Hj.Khirom Bin A.Rahman .

Kunjungan kami ke SK Sena ialah untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada pelajar-pelajar mangsa banjir tempoh hari. Difahamkan bahawa SK Sena ialah pusat pemindahan banjir.

Rombongan kami mengambil kesempatan ke Padang Besar dan Pulau Langkawi. Lawatan kami bermula dari 23 hingga 26 November 2010.

HARI KECEMERLANGAN SK PESERAI





Siti Zulaikha Bte A.Rahman (UPSR 5A)
(Tokoh Murid / Tokoh Sukan / Olahragawati 2010 )
bersama GPK Kokurikulum



Siti Zulaikha Bte A.Rahman
menerima hadiah dpd.Mejar(B) Tn.Hj.On Bin Wahab



Persembahan pelajar tahun enam



Ibu bapa dan penjaga yang hadir
Hari Kecemerlangan 2010



YDP PIBG SK Peserai


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010


Hari Anugerah kecemerlangan SK Peserai berlangsung pada hari Isnin,15 November 2010. Hari tersebut khas untuk mengiktiraf kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di sepanjang tahun 2010.


Tetamu undangan ialah YDP PIBG Mejar(B) Tn.Hj.On Bin Wahab. Ibu bapa dan penjaga pelajar dijemput untuk menyaksikan hari tersebut.

Friday, November 19, 2010

AIDIL ADHA 1431H / 2010M








KORBAN LEMBU

17 NOVEMBER 2010 (RABU) - Bersamaan 10 Zulhijjah 1431H ialah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Aidil Adha ialah hari memperingati kiash Nabi Ibrahim dan anaknya bernama Nabi Ismail.

Ceritanya, Nabi Ismail akan dijadikan korban untuk disembelih. Oleh kerana ketaatan ,kepatuhan dan keimanan yang sangat tinggi Nabi Ibrahim dan anaknya, maka Allah telah menggantikan dengan sembelihan binatang peliharaan seperti unta, lembu dan lain.




DARI BATU PAHAT,JOHOR KE JEPUN

Lukisan ini memenangi
ke Peringkat Antarabangsa di Jepun


Sebahagian lukisan yang menyertai
pertandingan Antarabangsa Jepun



...lagi lukisan yang menyertai
pertandinganAntarabangsa Jepun


Pn.Normala Bte Suleiman (Guru Lukisan)
dan Hamizah Bte Mohd.Mustafa(tanda Peace di kepala)


DUSUN BUAHAN KE YOKOHAMA,JEPUN


19 NOVEMBER 2010(JUMAAT) - Sekalung TAHNIAH...!!!!! kepada seorang pelajar SK Peserai bernama Hamizah Bte Mohd.Mustafa yang telah memenangi pertandingan mewarna peringkat Antarabangsa Negeri Jepun. Pelajar tersebut akan ditemani ibunya ke Yokohama Jepun pada 9 Disember 2010 ini.

Sebanyak 20 buah lukisan telah dihantar ke pertandingan tersebut yang berakhir pada 30 Oktober 2010. Lukisan Hamizah menggambarkan suasana musim buah-buahan di dusun.

Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada guru yang bertanggungjawab iaitu Pn.Normala Bte Suleiman dan Pn.Zainorida Bte Ngarip. Sesungguhnya guru tersebut telah melahirkan bintang yang bertaraf Antarabangsa.

Bertepatan dengan cogan kata," SK Peserai Cemerlang Negeri Johor 2010", kini TELAH DIBUKTIKAN . Syabas.....!!!! kepada semua warga SK Peserai





Saturday, November 13, 2010

DEMONSTRASI MEMOTONG AYAM








KEBERANIAN MEMOTONG AYAM

Demonstrasi memotong ayam telah dilakukan oleh Ustaz Mohd.Arafat bin Jaafar kepada pelajar tahun 6. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman bagaimana cara yang betul memotong ayam.
Sebelum itu ustaz Muhibbuddin telah menyampaikan ceramah berkenaan haiwan yang halal dimakan oleh orang islam. Haiwan tersebut mestilah dipotong dengan cara yang betul mengikut syarat yang ditentukan islam.

SENI TAEKWONDO






SENI PERTAHANAN DIRI

Seramai 40 orang pelajar menyertai seni Taekwondo. Ahli Taekwondo ini terdiri daripada pelajar Prasekolah hingga ke tahun enam. Ini merupakan tahun ke-2 setelah tiga tahun seni Taekwondo ditamatkan ,kerana beberapa masalah. Diharapkan lebih ramai lagi penyertaan di tahun-tahun hadapan.

Friday, November 12, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010


Ucapan tahniah kaunselor kepa ibu pelajar


Tahniah....!!!!! Pelajar UPSR 5A


Tahniah...!!! daripada GPK Kokurikulum

... bersama keluarga meraikan kejayaan anak


Suasana selepas pengumuman UPSR


Ini slip keputusan UPSR 5A saya....


TAHNIAH 16 PELAJAR UPSR 5A

12 November 2010 - JUMAAT - Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada Rabu/10.11.2010. TAHNIAH...!!!! kepada 16 pelajar yang memperolehi 5A dan 10 pelajar memperolehi 4A1B.

Bilangan pelajar mendapat 5A tahun ini meningkat berbanding tahun 2009 iaitu 13 orang. Semuga kecemerlangan yang diperolehi ini akan terus menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Tahniah...!!! Tahniah...!!!!
Related Posts with Thumbnails