Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, December 29, 2010

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2011






SELAMAT DATANG 2011


29 Disember 2010(Rabu) - SK Peserai telah mengadakan Mesyuarat awal tahun 2011 ,bertempat di Pelican Hotel, jam 8.00 pagi. Semua guru hadir pada hari tersebut. Mesyuarat guru tahun ini digabungkan dengan majlis persaraan dan perpisahan guru. Pn.Hjh.Siti Rokiah Bte Ahmad telah bersara pada awal Disember dan Pn.Nurul Ain Harjit Bte Abdullah telah bertukar ke Negeri Sembilan.

Selain Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan juga telah menyampaikan maklumat penting berkaitan bidang masing-masing. Semua guru telah dibekalkan dengan sebuah buku tugasan untuk Tahun 2011. Diharapkan guru-guru telah bersedia untuk bertugas dengan berbagai-bagai tranformasi demi tuntutan semasa.

Tahun ini bermulanya KSSR( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) di Tahun Satu, manakala Pelajar Tahun Dua hingga Enam masih meneruskan KBSR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails