Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, January 28, 2011

SUKANTARA 2011









AKTIVITI SUKANTARA


Semua pelajar mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan yang ditentukan,kecuali yang sakit. Mereka diberi peluang mengutip satu mata setiap seorang sebaik sahaja melepasi had kelayakan ditetapkan. Mata tersebut adalah untuk pasukan rumah sukan mereka.
Iutlah sumbangan pelajar yang tidak dapat mewakili rumah sukan dalam acara sukan sebenar yang terhad bilangan pesertanya. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan menyumbangkan mata kepada pasukan rumah sukannmereka.

Tuesday, January 18, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM 2011









PERHIMPUNAN PAGI



Isnin 17.1.2011 - Perhimpunan bulanan Kokurikulum pertama Tahun 2011. Pelajar dan guru dikehendaki memakai baju unit uniform seperti Pengakap, TKRS, Bulan Sabit atau Puteri Islam.

Perhimpunan dimulakan dengan Komander memberi arahan perbarisan. Selepas itu Komander menerima tabik hormat daripada Guru Besar dan meminta kebenaran memulakan perhimpunan.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negeri Johor, lagu sekolah dan lagu sekolah Bestari. Selepas itu diikuti ucapan guru bertugas dan ucapan Guru Besar. Lagu Negaraku pengakhir perhimpunan pada pagi itu.

Sebelum [penutup Tuan Guru Besar menerima tabik komander perbarisan dan meminta kebenaran untuk menjalankan tugas-tugas .Pelajar keluar baris dan masuk ke kelas.

Sunday, January 16, 2011

SUKAN UNTUK SEMUA






LATIHAN SUKAN 2011


Hari ini rumah-rumah sukan meneruskan latihan mereka. Mereka memilih peserta dalam setiap acara untuk mewakili rumah pasukannya.
Keadaan padang hari ini kering sedikit. Empat hari lepas padang dipenuhi air dan becak. Latihan sukan diteruskan juga. Para peserta menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara yang disertainya.

Wednesday, January 12, 2011

LATIHAN RENTAS DESA 2011


melawat chek point 4

latihan hari ke-2
laluan dipenuhi air kerana hujan malam hari

di check point 4.... kebun sawit



pelajar melepasi check point 4


Memberi arahan ...bersedia

di check point 8


Hadiah pemenang


memanaskan badan sebelum larian

di check point 10



di check point 5



BERSEMANGAT SUKAN


Hari pertama kalendar sukan Tahun 2011ialah, latihan merentas desa. Semua pelajar lelaki dan perempuan Tahap Dua berlari mewakili pasukan rumah sukan masing-masing( kecuali yang sakit). Mereka bersemangat untuk berlari . Pelajar lelaki berlari sejauh 4 KM,manakala pelajar perempuan berlari sejauh 2KM. Mereka berlari di kawasan sekitar Kampung Dalam dan Kampung Bintang.


Pertandingan sebenar ialah pada 21 Januari 2011. Pertandingan dibahagi kepada kategori lelaki/perempuan A,B dan C. Hadiah disediakan sebanyak 30 buah bagi setiap kategori.



Saturday, January 8, 2011

BERSAMA RAKAN SEKERJA


GPK Kokurikulum dan GPK HEM
sambutan 100 Tahun



Jamuan hari raya Tahun 6 Johan,2010



Jamuan Pengawas 2010


BERSAMA GURU BESAR DAN HEM

GPK Kokurikulum bergambar bersama Tn.Hj.Sarkawi Bin Hj.Satu ( Guru Besar SK Peserai), di dalam berbagai majlis tahun 2010

Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA SEKOLAH 2011









PAKAIAN BARU 2011

3.1.2011- ISNIN - Hari pertama persekolahan. Semua pelajar berpakaian serba baru. Wajah mereka penuh ceria dan gembira untuk memulakan persekolahan 2011.
Berbagai-bagai telatah dan kerenah anak-anak di Tahun Satu dapat disaksikan. Ada yang menangis, ada yang tidak mahu ibu bapanya tinggalkan mereka dan ada ibu bapanya bersama-sama di dalam kelas. Ini kemungkinan kesan cuti sekolah yang terlalu lama.
Walaubagaimanapun sebahagian besar mereka sudah biasa dengan alam persekolahan samada Tadika Kemas,Prasekolah dan lain. Mereka tidak rasa janggal bergaul sesama mereka.



Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011






AZAM BARU 2011

Selamat Tahun Baru 2011. Semuga tahun ini akan lebih berjaya daripada tahun - tahun sudah. Kepada diri saya dan kawan-kawan semua, diucapkan selamat menjalankan tugas yang murni dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab mendidik anak-anak bangsa kita.
SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT BERTUGAS.....!!!!!

TRANSISI TAHUN SATU 2011









SUASANA PELAJAR TAHUN SATU

SABTU 1.1.2011 ialah hari transisi pelajar Tahun Satu. Majlis transisi bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa dan penjaga telah datang bersama anaknya jam 7.30 pagi. Dari temubual dengan ibu bapa serta penjaga, rata-rata anaknya tidak sabar untuk ke sekolah.

Pada hari tersebut semua pelajar menduduki satu ujian khas di kelas-kelas. Tujuan ialah untuk mengesan pelajar yang tidak boleh menulis dan mengira. Markah yang mereka perolehi akan menentukan kedudukan kelas bagi tahun 2011.

Dari tinjauan saya, semua pelajar dapat menjawab dengan baik. Mereka telah menerima pendidikan awal sebelum masuk tahun satu. Majlis transisi tamat jam 10.00 pagi.

Related Posts with Thumbnails