Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, February 5, 2010

Percutian Di Pantai Timur




ASALAMUALAIKUM



Cuti-cuti malaysia bermula lagi. Tahun 2009 aku dan keluarga telah bercuti di tiga buah negeri di Malaysia. Negeri pertama dilawati ialah Pahang. Tempat penginapan aku ialah di Swiss Garden Hotel Kuantan(3 hari 2 malam). Seronok mandi di kolam renang dan bersiar-siar di Pantai Beserah.Tak mandi laut kerana air laut bergelora. Takut.......!


Hari ketiga aku dan keluarga berada di Kuala Lumpur. Aku menginap di Hotel Swiss Garden Jalan Pudu( 4 hari 3 malam). Di Kuala Lumpur aku dan keluarga membeli belah di Jalan Tuanku A.Rahman dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam selama dua hari. Banyak barang pakaian yang aku beli terutama untuk persiapan sekolah 2 orang puteri kami.


Pengalaman menaiki LRT, Komuter dan Monorel di KL menjadi kenangan. Penumpang berasak-asak masuk untuk ke destinasi KL. Saya dan keluarga ke Mid Vally, terasa seperti menaiki bas mini dengan penuh sesak penumpang berhimpit-himpit. Peristiwa itu mengingatkan aku yang pernah menjadi warga Ibu Kota dari tahun 1978 hingga 1984. Masa itu aku tinggal di Kompleks Belia, Jalan Cheras . Sekarang ini kawasan itu sudah berubah dengan pembangunan rumah bertingkat.

Puas aku dan keluarga keluar masuk Pusat Beli Belah di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua Pusat Beli belah yang aku kunjungi penuh dengan manusia dimusim cuti sekolah. Banyak ragam manusia di KL. Pening aku melihatkan ragam anak muda di Kompleks Beli Belah, berfesyen dan berdua-duaan mengikut haluan masing-masing, ditambah dengan kesesakan jalan raya.

Hari keenam aku dan keluarga menuju ke Port Dickson. Appartman Corus menjadi tempat penginapan aku dan keluarga. Aku dan keluarga meluangkan masa mandi di laut berjam-jam lamanya. Pantainya cantik dan air laut tidak bergelora. Di sini dapat ketenangan fikiran, tidak seperti di KL. Jika anda hendak ketenangan , berehatlah di PD

Pelancongan aku di PD selama 3 hari 2 malam. Esoknya aku balik ke Batu Pahat. Aku sempat singgah di Bandar Hilir, Melaka. Aku dan keluarga bersiar-siar di Dataran Pahlawan selama satu jam. Kemudian aku meneruskan perjalanan balik ke Batu Pahat dengan selamat.Aku bersyukur kerana selamat sampai ke rumah tanpa menghadapi kesukaran sepanjang percutian aku dan keluarga.

Aku sangat puas hati walaupun banyak RM habis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails