Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 31, 2010

SK PESERAI 100 TAHUN


Mantan Guru Besar dan Guru Besar sekarang



YB Datuk Ariss Bin Samsudin melancarkan
100 Tahun SK Peserai

Majlis makan malam Alumni
En.Aziz Bin Seman (GPK Kokurikulum) bersama
En.Mashod Bin Ahmad (Mantan Guru Besar SK Peserai)


Sebahagian Peserta Pertandingan
Pakaian Tradisional

SAMBUTAN 100 TAHUN SK PESERAI



30 DAN 31 JULAI 2010 (JUMAAT-SABTU) - Pelancaran sambutan 100 Tahun SK Peserai telah disempurnakan oleh YB Dato Ariss Bin Samsudin( ADUN Semerah) pada 24 Julai 2010. Pelancaran tersebut telah dihadiri AJK PIBG, ketua Kampung Gombak,Ketua Kampung Peserai, Ketua Kampung Muhibah , Ketua Kampung Gambut dan AJK Bilik Guru. Pelancaran dilakukan secara sederhana di Bilik Gerakan sekolah.

Acara kemuncak sambutan 100 Tahun ialah Majlis Makan Malam pada 30 Julai bersama Alumni. Mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar , bekas-bekas guru besar, bekas-bekas guru dan bekas-bekas kakitangan sekolah yang pernah berkhidmat di SK Peserai. Acara bacaan yassin, tahlil dan doa selamat telah diadakan pada sebelah paginya.

Pelancaran MAJALAH KEMILAU telah disempurnakan oleh Tuan PPD Batu Pahat iaitu Tn.Hj.Shafie Bin Hj Sharip sebaik sahaja majlis bacaan yassin,tahlil dan doa selamat selesai.

Berbagai-bagai acara telah diadakan sepanjang dua hari. Antaranya pertandingan mewarna, futsal, sukan rakyat, kuiz ICT dan pakaian beragam. Acara dimeriahkan lagi dengan pameran motor berkuasa tinggi (kelab motor Johor) dan pameran keselamatan jalan raya oleh PDRM.

Sokongan ibu bapa dan masyarakat sekitar SK Peserai sangat menggalakkan. Mereka datang menyertai pertandingan dan mengunjungi gerai-gerai yang disediakan .

Majlis penutupan 100 Tahun telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Ghazi Bin Hj.Ali , selaku wakil rasmi PPD Batu Pahat . Beliau merupakan bapa angkat kepada SK Peserai. Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan olehnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails