Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 31, 2010

SK PESERAI 100 TAHUN


Mantan Guru Besar dan Guru Besar sekarang



YB Datuk Ariss Bin Samsudin melancarkan
100 Tahun SK Peserai

Majlis makan malam Alumni
En.Aziz Bin Seman (GPK Kokurikulum) bersama
En.Mashod Bin Ahmad (Mantan Guru Besar SK Peserai)


Sebahagian Peserta Pertandingan
Pakaian Tradisional

SAMBUTAN 100 TAHUN SK PESERAI



30 DAN 31 JULAI 2010 (JUMAAT-SABTU) - Pelancaran sambutan 100 Tahun SK Peserai telah disempurnakan oleh YB Dato Ariss Bin Samsudin( ADUN Semerah) pada 24 Julai 2010. Pelancaran tersebut telah dihadiri AJK PIBG, ketua Kampung Gombak,Ketua Kampung Peserai, Ketua Kampung Muhibah , Ketua Kampung Gambut dan AJK Bilik Guru. Pelancaran dilakukan secara sederhana di Bilik Gerakan sekolah.

Acara kemuncak sambutan 100 Tahun ialah Majlis Makan Malam pada 30 Julai bersama Alumni. Mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar , bekas-bekas guru besar, bekas-bekas guru dan bekas-bekas kakitangan sekolah yang pernah berkhidmat di SK Peserai. Acara bacaan yassin, tahlil dan doa selamat telah diadakan pada sebelah paginya.

Pelancaran MAJALAH KEMILAU telah disempurnakan oleh Tuan PPD Batu Pahat iaitu Tn.Hj.Shafie Bin Hj Sharip sebaik sahaja majlis bacaan yassin,tahlil dan doa selamat selesai.

Berbagai-bagai acara telah diadakan sepanjang dua hari. Antaranya pertandingan mewarna, futsal, sukan rakyat, kuiz ICT dan pakaian beragam. Acara dimeriahkan lagi dengan pameran motor berkuasa tinggi (kelab motor Johor) dan pameran keselamatan jalan raya oleh PDRM.

Sokongan ibu bapa dan masyarakat sekitar SK Peserai sangat menggalakkan. Mereka datang menyertai pertandingan dan mengunjungi gerai-gerai yang disediakan .

Majlis penutupan 100 Tahun telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Ghazi Bin Hj.Ali , selaku wakil rasmi PPD Batu Pahat . Beliau merupakan bapa angkat kepada SK Peserai. Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan olehnya.

Sunday, July 18, 2010

100 TAHUN SK PESERAI



SAMBUTAN 100 TAHUN SK PESERAI


Tarikh : 30 dan 31 Julai 2010
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : SK Peserai, Batu Pahat,Johor


Kepada bekas2 pelajar dan guru2 di jemput ke Majlis Makan Malam Alumnai pada 30.7.2010 jam 8.00 malam di Dewan SK Peserai. Bayaran Alumnai RM20.00 seorang. Sumbangan anda sangat2 dihargai. Datanglah beramai-ramai pada hari tersebut tanda sokongan tuan2 kepada sk peserai. Tempahan boleh dibuat kepada GPK Kokurikulum 019-7254255

Monday, July 12, 2010

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS




KURSUS IKATAN DAN BALUTAN KECEMASAN


12 Julai 2010 Sabtu - Satu kursus pertolongan cemas Bulan Sabit Merah ( Ikatan dan Balutan) telah dijalankan . Peserta seramai 70 orang. Kursus dikendalikan oleh guru Penasihat En.Azman Wartam dan En.Mohd.Fathi Misran .Ia di bantu oleh guru-guru penasihat lain

Kursus bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Peserta sangat teruja dan bersemangat mempelajari ikatan dan balutan kesemasan. Kursus ini sangat baik diadakan setiap tahun. Terima kasih kepada guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah dan peserta kursus.
Related Posts with Thumbnails