Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, February 27, 2011

PADANG & BALAPAN MPZ 2011


Suasana riang & gembira
meraikan kejayaan sukan MPZ Semerah 2011



Bersama atlet harapan...Sarina Zulkefli



Suasana atlet di khemah peserta
bersiap sedia untuk bertanding... arahan cikgu Hamidah



Barisan jurulatih SK Peserai & wakil PIBG


Bergambar bersama bekas pelajar
dan juga bekas atlet 2010


Tahniah semua...!!!!!
Berbangga 5 kali Juara berturut-turut



Memberi sokongan kepada peserta berlari
di tepi gelanggang...

KITA JUARA 2011 ...!!!!


26.2.2011( Sabtu ) - SK Peserai dinobatkan sebagai Juara keseluruhan MPZ Semerah tahun ke-5 berturut-turut Kejohanan Padang & Balapan 2011. Kejohanan berlangsung di Padang SMK Dato Onn,Simpang Lima , Batu pahat. Penutupan rasmi di lakukan oleh Tuan PPD Batu Pahat.

SK Peserai mengalahkan 18 buah sekolah di Zon Semerah. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jurulatih ,guru besar dan semua yang menyokong sejak dari mula latihan hingga hari kejohanan.

Kejayaan ini merupakan hadiah kepada saya yang akan bertukar ke SK Parit Lapis sebagai GPK Pentadbiran mulai 1 Mac ini. Banyak kenangan manis sepanjang 5 tahun di SK Peserai. Saya bangga menjadi warga SK Peserai ,dengan kerjasama dan sokongan guru yang baik sepanjang menjalankan tugas di SK Peserai.


Saya berharap GPK Kokurikulum yang menggantikan tempat saya akan lebih baik daripada saya. Kepada Guru Besar, terima kasih tidak terhingga kerana amat memahami dan sentiasa menyokong perjalanan akitviti Kokurikulum. Saya mendoakan SK Peserai terus cemerlang dalam Kurikulum dan kokurikulum.

SAYONARA SK PESERAI......!!!!!!






1 comment:

  1. tahniah cikhu...moga terus cemerlang di sekolah baru...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails