Animal Text Generator at TextSpace.net
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, April 2, 2011

HARI KEUSAHAWANAN SK PT.LAPIS 2011








MEMBELI SAMBIL MENDERMA


Hari ini Program Keusahawanan di sekolahku. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung Pt.Lapis sangat baik. Penduduk sekitar telah datang sejak jam 8 hingga 12 tengahari. Banyak gerai jualan telah disediakan. Agensi-agensi lain turut serta untuk memeriahkan seperti Agensi Bomba, AADK ,Hospital Putra dan BSN.

Objektif Hari Keusahawanan ialah melatih pelajar-pelajar di dalam bidang perniagaan. Mereka dilatih cara bagaimana berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan.

Objektif kedua ialah menjalin hubungan warga sekolah dengan masyarakat setempat. Hubungan baik dan sokongan masyarakat setempat akan menjadikan sekolah cemerlang.

Objektif ketiga ialah mengumpul dana untuk program-program kecemerlangan pelajar.

Para pengunjung berpuas hati dan diharapkan acara ini diadakan setiap tahun. Acara diakhiri dengan cabutan nombor bertuah. Sebanyak 50 hamper telah disediakan. Saya tidak terkecuali memenangi hadiah cabutan bertuah. Sebelum-sebelum ini saya tidak pernah memenangi cabutan bertuah, seronok juga rupanya.........Tuah SK Pt.Lapis.......


Thursday, March 31, 2011

SEKOLAH BARUKU











SK PARIT LAPIS

Hari ini genap sebulan bertugas di SK Pt.Lapis. Suasana sekolah sungguh tenang dan aman dari kebisingan kenderaan. Gurunya berjumlah 35 orang, manakala pelajarnya 449 orang. Rakan-rakan baruku baik dan ramah seperti SK Peserai.

SK PT.Lapis tiada padang. Pelajar-pelajar membuat aktiviti sukan menumpang di laman Masjid Pt.Lapis,yang terletak bersebelahan sekolah.

Walaupun tiada padang, SK PT.Lapis Johan Bola Baling perempuan zon Bandar. Latihan permainan dibuat di padang Futsal yang juga bersebelahan sekolah.





Thursday, March 3, 2011

SELAMAT TINGGAL SK PESERAI


Ucapan selamat tinggal buat warga sk Peserai...


Rakan guru dan GPK 1


GPK HEM , Kaunselor & ustz Riduan


Menyampaikan hadiah Johan Olahraga
MPZ Semerah 2011

Bersama atlet,Guru Besar dan Jurulatih
JOHAN MPZ Semerah 2011



SAYONARA SK PESERAI...!!!!



28 Februari 2011( Isnin) hari terakhir bertugas di SK Peserai. Bertugas d SK Peserai bermula pada tanggal 11.10.2006 hingga 28.2.2011. Banyak kenangan manis menjadi warga SK Peserai. Atas arahan dari Jabatan ,saya dikehendaki bertugas di SK Parit Lapis pada 1 Mac 2011. Saya akur dan " yang menurut perintah ". Itulah perkataan akhir setiap surat rasmi kerajaan....!!!!

Sungguh berat dan sedih meninggalkan rakan-rakan semua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih , ampun dan maaf serta halalkan makan minum kepada semua warga SK Peserai.

Saya mendoakan warga SK Peserai terus cemerlang dan juga saya di tempat baru.

Sunday, February 27, 2011

PADANG & BALAPAN MPZ 2011


Suasana riang & gembira
meraikan kejayaan sukan MPZ Semerah 2011



Bersama atlet harapan...Sarina Zulkefli



Suasana atlet di khemah peserta
bersiap sedia untuk bertanding... arahan cikgu Hamidah



Barisan jurulatih SK Peserai & wakil PIBG


Bergambar bersama bekas pelajar
dan juga bekas atlet 2010


Tahniah semua...!!!!!
Berbangga 5 kali Juara berturut-turut



Memberi sokongan kepada peserta berlari
di tepi gelanggang...

KITA JUARA 2011 ...!!!!


26.2.2011( Sabtu ) - SK Peserai dinobatkan sebagai Juara keseluruhan MPZ Semerah tahun ke-5 berturut-turut Kejohanan Padang & Balapan 2011. Kejohanan berlangsung di Padang SMK Dato Onn,Simpang Lima , Batu pahat. Penutupan rasmi di lakukan oleh Tuan PPD Batu Pahat.

SK Peserai mengalahkan 18 buah sekolah di Zon Semerah. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jurulatih ,guru besar dan semua yang menyokong sejak dari mula latihan hingga hari kejohanan.

Kejayaan ini merupakan hadiah kepada saya yang akan bertukar ke SK Parit Lapis sebagai GPK Pentadbiran mulai 1 Mac ini. Banyak kenangan manis sepanjang 5 tahun di SK Peserai. Saya bangga menjadi warga SK Peserai ,dengan kerjasama dan sokongan guru yang baik sepanjang menjalankan tugas di SK Peserai.


Saya berharap GPK Kokurikulum yang menggantikan tempat saya akan lebih baik daripada saya. Kepada Guru Besar, terima kasih tidak terhingga kerana amat memahami dan sentiasa menyokong perjalanan akitviti Kokurikulum. Saya mendoakan SK Peserai terus cemerlang dalam Kurikulum dan kokurikulum.

SAYONARA SK PESERAI......!!!!!!






Tuesday, February 22, 2011

MERENTAS DESA 2011


YDP PIGB Mejar(B) Tn.Hj.On Bin A.Wahab
Johan Vetran




Pn.Salimah menyampaikan hadiah kepada Johan Lelaki A



Johan Lelaki B

RENTAS DESA/LARIAN PERDANA


Pertandingan Merentas Desa telah selamat dijalankan serentak dengan Larian Perdana Mahkota. Sebelum larian peserta membuat senamrobik beramai-ramai di bawah kelolaan cikgu Mislia dan Zainorida.

YDP PIBG dan AJK PIBG turut sama menjayakan Larian Perdana Mahkota. Larian bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Pasukan Biru menjadi JOHAN Merentas Desa 2011. Tahniah....!!! guru-guru runah sukan.

Sunday, February 20, 2011

MAULUDUR RAUL1432(2011)



SK PESERAI DALAM KENANGAN...!!!


15 .2.2011(Selasa) bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H hari Mauludur Rasul di SK Peserai. Sambutan dibuat secara sederhana tapi meriah. Penceramah undangan ustaz dari SMK Pekan Baru iaitu En.Muhidir.


Selepas mendengan ceramah ,pelajar dan guru dihidangkan Nasi Baryani Md.Shah. Ini ialah rutin Tahunan makan nasi Baryani Md.Shah. Rumah Tn.Hj.Md.Shah terselak di belakang Sekolah.


Tahun ini juga saya TERAKHIR makan Nasi Baryani Md.Shah di sekolah, kerna pada 1 Mac saya bertugas di SK Parit Lapis. Saya akan teringat-ingat kenangan manis di sk peserai.....dan banyak lagi kenangan-kenangan lain.....Apa-apa pun TERIMA KASIH SK PESERAI.....!!!!!

Friday, February 4, 2011

BANJIR KAMPUNGKU...3.2.2011


Halaman rumahku



Halaman rumahku


Bahagian dapur rumah


Bahagian hadapan (sisi) rumah



Bahagian dapur dan rumah ibu



Bahagian ruang dapur



Di Tangga hadapan rumah



Berdiri di atas tembok kisi-kisi rumah



PANCHOR....BANJIR BESAR ...!!!!

3.2.2011( KHAMIS) -Cuti Tahun Baru Cina ini saya dan keluarga bercadang balik kampung di Kg.Jawa,Panchor,Muar. Tak dijangka banjir besar melanda Pekan Panchor .Hujan beberapa hari sahaja ,tetapi air melimpah pekan Panchor. mungkin air lempahan dari Segamat, dan Labis....

Banyak harta benda penduduk Panchor musnah. Penduduk Pekan Panchor tidak menyangka kerana baru 4 tahun lalu banjir melanda .Sebelum ini banjir besar melanda pada tahun 1971, diikuti Tahun 2007 dan sekarang ( 2011). Tahun 1971 saya dalam Tingkatan 1.

Lihatlah beberapa gambar sekitar banjir di Kampung asalku....
Related Posts with Thumbnails